Tuesday, July 28, 2009

PRO CHIA SEEDS (OMEGA 3)

Apakah itu PRO CHIA SEEDS?
PRO CHIA SEEDS adalah sejenis biji-biji benih yang di ambil dari tumbuh-tumbuhan yang terbaik dan terpilih sahaja.

CHIA SEEDS - Makanan lengkap semulajadi
Pada 10 tahun yang lepas, Saintis Amerika Syarikat menemui bahawa Chia Seeds mengandungi khasiat yang setanding dgn standard harian yang disyorkan oleh F.A.O. dan W.H.O. Para Profesional Pertanian dan Pakar Nutrisi telah menjalankan banyak kajian mengenai ajaib Chia Seeds. Bijian yang kecil ini telah dikenali sebagai makanan lengkap semulajadi terbaik di dunia untuk kesihatan dan perlangsingan.


CIRI-CIRI CHIA SEEDS
1 - OMEGA-3
2 - VITAMIN B
3 - BORON
4 - PROTEIN
5 - ASID AMINO
6 - SELULOSA
7 - ANTIOKSIDAN

Huraian :
1 - OMEGA-3
- Asid lemak ini tidak disimpan atau dihasilkan secara semulajadi dalam badan kita maka kita
perlu mengambil ia pada setiap hari. Omega-3 diperlukan supaya sel dalam badan dapat berfungsi dengan normal. Kandungan Omega-3 dalam Chia Seeds adalah yang tertinggi berbanding dengan semua jenis makanan bijian. Setiap 100gm Chia Seeds bersamaan dengan 19.3gm Omega-3. Kajian membuktikan bahawa pengambilan Omega-3 dalam jangka masa panjang dapat membantu meningkatkan tenaga badan. EPA dan DHA dalam Omega-3 menggalakan pengaliran darah, serta mengalurkan lebih banyak oksigen dan nutrisi untuk membersihkan toksin di dalam badan. Sel dalam badan menjadi lebih aktif dan sistem imuniti akan di pertingkatkan. DHA dapat mempertingkatkan keaktifan otak sambil menimbulkan kebijaksanaan di kalangan kanak-kanak dan juga memperkuatkan keupayaan memori kalangan dewasa. Ia juga boleh mencegah depresi sambil menolong dalam keupayaan mengawal emosi.

2 - VITAMIN B
- Chia Seeds merupakan sumber vitamin B yang baik. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan penyakit ahmar. Jumlah vitamin B di dalam Chia Seeds adalah lebih tinggi berbanding dengan jagung, kacang soya, nasi dan biji bunga 'safflower'.

3 - BORON
- Chia Seeds mengandungi kalsium, fosforus, kalium, zat besi, zink, tembaga dan boron. Boron membantu proses penyerapan fungsi kalsium. Oleh sebab itu, tumbesar tulang dapat dipertingkatkan serta mencegahkan osteoporosis dan artitis. Boron juga dapat mengimbangkan hormon estrogen manusia.

4 - PROTEIN
- Chia Seeds dikenali sebagai makanan berprotein yang lengkap kerana kandungan proteinnya lebih tinggi berbanding dengan jenis bijian yang lain. Merujuk kepada keberatan, protein yang didapati dalam Chia Seeds adalah di antara 19% - 23%. manakala kandungan protein dalam beras adalah 7% - 16% sahaja.

5 - ASID AMINO
- Chia Seeds megandungi 18 jenis asid amino termasuk 8 jenis yang diperlukan oleh badan manusia. Ia termasuk asid amino yang membantu memecahkan lemak badan dan menghalangkan lemak diserap balik oleh badan. Proses memecah lemak dalam badan dengan asid amino dapat mempercepatkan proses pemecahan lemak yang telah lama timbun di dalam badan.

6 - SELULOSA
- Dapat mencegah penyakit yang berkaitan dengan penyakit kencing manis, penyakit koronari dan penyakit kronik yang lain. Selulosa membantu memanjangkan masa proses penghadaman di dalam usus kecil. Di samping itu, ia juga melambatkan dan mengseimbangkan proses penyerapan gula dari makanan serta juga mengurangkan tahap kolestrerol dalam badan.

7 - ANTIOKSIDAN
- Antioksidan di dalam Chia Seeds dapat mencegahkan lemak, protein dan gen dioksidakan. Fungsi antioksidan adalah lebih kuat berbanding dengan vitamin C & E.



KELEBIHAN CHIA SEEDS
1 - MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
2 - MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS
3 - MENGUATKAN FUNGSI JANTUNG
4 - MEMBEKAL TENAGA
5 - ANTI-PENUAAN
6 - MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT

Huraian :
1 - MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
- Selepas direndam dalam air, Chia Seeds akan berkembang saiznya sehingga 12 kali ganda dan akan menjadi membran di dalam perut supaya melambatkan proses penyerapan karbohidrat dalam perut. Chia Seeds akan menghasilkan rasa kekenyangan dan membekalkan tenaga badan serta mengelakkan semua kesan sampingan dalam proses perlangsingan.

2 - MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS
- Keistimewaan Chia Seeds membentukkan gel yang memanjangkan masa penghadaman. Ini baik untuk menstabilkan gula darah serta menggelakkan kenaikan gula darah selepas makan. Ia mempunyai kesan yang tertentu untuk mencegah dan mengawalkan penyakit kencing manis.

3 - MENGUATKAN FUNGSI JANTUNG
- EPA (Asid Eicosapentaenoic) yang terdapat di dalam Omega-3 memberi kesan yang baik dalam sistem pembersihan saluran darah dan mencegah serangan jantung. Kandungan serat yang tinggi membantu memcegah penyakit jantung.

4 - MEMBEKAL TENAGA
- Chia Seeds yang telah menyerap air mempercepatkan proses pencernaan dan penyerapan. Ini akan memudahkan proses organisasi nutrisi untuk penggunaan sel badan. Ia juga dapat mencegahkan dehidrasi dan mengseimbangkan elektrolik dalam badan. Selain daripada itu, ia juga baik untuk wanita mengandung, wanita menyusu bayi, atlet serta peserta bina badan.

5 - ANTI-PENUAAN
- Omega-3 di dalam Chia Seeds bukan sahaja mengandungi fungsi antioksidan tetapi dapat mempertingkatkan keanjalan kulit dan mengawal wajah anda muda sentiasa.

6 - MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT
- Chia Seeds yang mengandungi selulosa yang tinggi bantu membuangkan toksin dalam badan serta mempertingkatkan metabolisme.



KEAJAIBAN CHIA SEEDS
1 - Kandungan Omega-3, 8 kali ganda berbanding dengan Ikan Salmon.
2 - Kandungan Kalsium 6 kali ganda berbanding dengan Susu.
3 - Kandungan Zat Besi 6 kali ganda berbanding dengan Sayur Bayam.
4 - Kandungan Serat 9, 8 kali ganda berbanding dengan Nasi.
5 - Kandungan Kalium 2 kali ganda berbanding dengan Pisang.


CARA-CARA MINUM CHIA SEEDS
1 - Tambahkan 1 atau 2 paket Chia Seeds ke dalam 250ml air atau jus. kacau dan biarkan
biarkan selama 10 minit. Apabila Chia Seeds mula menjadi pekat, ia sedia untuk diminum.
2 - Pengambilan harian yang disyorkan : 1-2 paket




PRO CHIA SEEDS mengandungi 30 paket dengan hanya RM100.00 sahaja untuk kegunaan selama 30 hari